Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain?? Sedangkan hanya Allah Maha Mengetahui hati hambaNya !


BUSUK HATI ! ALAAA, MULUT CKP LAIN HATI KUTUK ORG LA TU ! PPRAHH, MCM BAGUS NAMPAK JE CANTIK TP HATI BAU LONGKANG !

Adakah anda skrg sbnrnya sdg mempamerkan keburukan diri sndri? Nauzubillah ! :'(

Siapa kita utk menilai segala yg ada di dlm hati seseorg itu? berkuasa kah kita? hebatkah kita? bukankah Allah swt lebih Hebat dan Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya yg ada di dlm hati tersurat mahupun tersirat. Astaghfirullah :'(

Seperti saya cakap dlu "senang utk kita menghijabkan tudung di kepala kita, tapi susah utk kita menghijabkan hati kita" Astaghfiruallahal'azim Nauzubillah :'( pesanan buat diri sy sndri yg sukar menghijabkan hati ini. Sama-sama lah kita ya sahabat, kaum adam mhupun kaum hawa kita memperbaiki diri ke supaya berada di kalangan org-org yg baik bukan menjadi yg terbaik ok.

Yg penting, jgn sesekali salah tafsir org lain dgn melihat dari sudut yg negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yg positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jgn sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yg kita pandang rendah itu lebih baik dari kita... Bersangka baiklah kpd semua org !

Bukankah kita sudah dewasa dan dpt berfikir secara matang, setiap hambaNya Allah swt jadikan sebagai khalifah di dunia ini. Jika sesuatu yg berlaku, sepatutnya kita menasihati mereka dgn baik dan memberi pengajaran kpd mereka dgn sebaiknya bukannya asyik merungut memaki hamun dan memarahi org itu. :'(

Semoga apa yg kita sampaikan dpt disebarkan dan dimanfaatkan walaupun kita sudah tiada di dunia ini. :'( Doakan aku juga sahabat semoga aku menjadi daei yg diredhaiNya dan apabila kita sudah tiada lagi, kita tdk meninggalkan dunia ini dgn tgn kosong, tp kita dpt tglkan pelbagai ilmu yg mana org yg masih hdup masih memanfaatkan lg ilmu yg kita pnh sebarkan :'( InsyaAllah shbt.

Firman Allah swt:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ” (Surah Al-Baqarah: 30).

Jgn pk pada kekurangan kita tapi pk apa kelebihan kita dan apa yg kita boleh sumbang pada Islam. Jgn sibuk psl percintaan, 'istikarah byk kali mimpi tak nmpk2 muka lg/muka org lain yg kita suka'. Kita tak kan sibuk dgn menda2 kecil, tp kita perlu fikirkan berkenaan dgn umat, permikiran umat mcm mna nk kuarkan umat dri penjara pemikiran.

Dibawah ini, terdapat artikel drp iluvislam utk kita jadikan sbagai sumber khdupan kita :-  
LET'S READ !
*********************************************************

Semakin hari kurasakan semakin manis perjalanan hidupku! Alhamdulillah, Walau onak berliku terpaksa ditempuhi namun ia cukup bernilai apabila perjalanan dilalui dengan penuh keikhlasan dan nawaitu yang jelas..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kerana masih mampu menulis dan diberikan ilhamNYA untuk terus dan terus menulis tanpa jemu atau berputus asa. Dengan itu anda mampu membaca hasil tulisan saya yang tak seberapa ni. Diharapkan sama-sama mendapat manfaat! InsyaALLAH.. Semoga saling ingat mengingatkan dan sampaikanlah kebaikan dan pesan walau 1 ayat!... InsyaAllah...

Sedang saya berfacebook, saya tertarik dengan status salah seorang rakan Facebook dan saya salin sebahagian dari statusnya untuk menjadi status saya. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk saya. Ya! Termasuk saya. Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga. Oleh itu, mari kita sama-sama renungkan gambar di bawah...



Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...

Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.. kerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..

"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim)..

Melihat betapa pentingnya sikap positif tanpa memandang rendah insan lain, saya tertarik dengan konsep yang pernah dikongsikan sewaktu kursus KSPK lepas, dari sudut kanak-kanak, jangan sesekali kita melabelkan mereka... kerana mereka adalah insan yang masih baru mengenali dunia dan masih perlukan sokongan dan perhatian orang dewasa untuk berkembang... Jadi sebagai orang dewasa kita seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar bukannya melabel dan asyik memarahi... Sila ambil perhatian!

InsyaAllah, sesungguhnya semakin kita menerokai sesuatu ilmu yang bermanfaat, semakin banyak manfaat yang kita perolehi dan dapat dikongsikan bersama. Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat?

Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....

"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya"surah Al-Isra' ayat 27.

Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNYA.... 
Wallahu alam..

LET'S ISTIQOMAH !!!

Ulasan

Catatan Popular