Yuk sama-sama kita memperbetulkan SOLAT kita... :')

 

 



 

********************************************************
Meh syg sygku semua kita tgk cara-cara sembahyang dgn betul
dari sumber yg boleh dipercayai, InsyaAllah :')

CARA SEMBAHYANG DENGAN BETUL
Walau bergitu haruslah di ingat, ini adalah panduan. Dalam erti kata lain, anda telah pernah belajar sembahyang, cuma anda telah lupa pada bahagian-bahagian tertentu. Dan panduan ini dijadikan rujukan untuk memastikan amalan tersebut betul atau tidak. Namun jika anda tidak pernah sama sekali berlajar sembahyang daripada seorang guru. Maka adalah salah mengambil pelajaran mengenai sembahyang ini dari buku-buku panduan atau bahan bacaan semata-mata.

Tetapi andai kata anda kesulitan mencari guru, bolehlah mengunakan panduan ini sebagai sumber pembelajaran yang pertama. Tetapi setelah anda rasa anda telah mengerti mengenainya, WAJIBlah merujuk kepada seorang yang anda kira arif mengenainya.

Tidak kira siapa mereka, mungkin saja Ibu anda, Bapa anda atau saudara-mara, atau juga sahabat-sahabat anda. Pokoknya, wajib jugalah merujuk kepadaseseorang mengenai apa yang telah anda pelajari melalui bahan-bahan bacaan dan panduan-panduan mengenai sembahyang ini.

Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.

Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).
_______________________________________________

1. NIAT SEMBAHYANG ISYA' (EMPAT RAKAAT)

 

Usalli fardhaz'isya'i arba'a raka'atin(*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai kerana Allah Ta'ala.

#gantikan dengan asri (asar) atau # zuhri (zohor)
*tambahkan 'makmuman' (mengikut imam) sebagai ganti 'adaan', jika sembahyang berjemaah.
Berdiri tegak sebelum mengagkat takbir























* Selaras dan rapatkan kaki Bagi Perempuan.(perempuan sahaja, lelaki renggangkan kaki)


 


 










Berdiri menghadap ke Kiblat. Turunkan pandangan ketempat sujud. Dan rapatkan tapak tangan ke tepi paha ketika memasang niat yaitu sebelum mengangkat takbir.
* Tertib ini sama bagi Perempuan.


2. TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR .

Takbiratul Ihram bagi Perempuan.
 TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR












Untuk lelaki Hujung jari telunjuk separas cuping telinga.
* Takbiratul Ihram bagi Perempuan. Tangan diangkat dengan hujung jari telunjuk separas bahu serta merapatkan lengan dan siku kebadan.

Ketika mengangkat Takbiratul Ihram. Lintaskan didalam hati niat kita bersembahyang. Contohnya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isya' 4 rakaat bersendirian kerana Allah. Dan lintaskan didalam hati niat sembahyang tersebut serentak dengan Takbiratul Ihram itu.

3. BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) RAKAAT PERTAMA
TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT(Atas sedikit dari aras PUSAT) ADA PENDAPAT YANG MENAMPILKAN DALIL, TANGAN DILETAKKAN DI ATAS DADA. KEDUA-DUANYA BOLEH. 


 

 Kiam, kedudukan tangan bagi lelakiKedudukan tangan bagi Perempuan










  
Audio Doa Iftitah : KLIK
Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku  kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH 
  
Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*)
.

waladdhalin (2 harakat) *ladd*

Audio Surah Al-Fatihah : KLIK
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

*Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

DAN SELEPAS FATIHAH , BACALAH SURAH PILIHAN(sebarang surah). Sebagai contohnya Surah Al-Ikhlas


Qul huw-Allahu Ahad, Allahus-Samad, lam yalid wa lam yoolad, wa lam yakun lahoo kufuwan ahad.
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.


4. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT PERTAMA

Mengangkat Takbir sebelum Rukuk'Mengangkat takbir sebelum Rukuk' (Perempuan) 

















 
           Allahu akbar
        Maksud: Allah Maha Besar
 

5. RUKUK RAKAAT PERTAMA
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

 
Kedudukan tangan dan siku dibengkokkan (bagi Perempuan) Kedudukan tangan dan siku (lurus) bagi lelaki.
















Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)


6. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 




Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


7. IKTIDAL SELEPAS RUKUK 
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

























Sambil membaca doa:
Rabbana lakalhamdu.
Maksudnya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).


8. SUJUD PERTAMA RAKAAT PERTAMA
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI 

Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan
Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. (lihat contoh gambar)




















Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melintas dua wanita yang sedang mengerjakan solat (seperti lelaki), lalu Baginda bersabda: “Apabila kamu sujud maka rapatkan bahagian daging (perut) ke bumi (lantai). Sesungguhnya solat wanita bukan seperti solat lelaki.” (Riwayat al-Baihaqi)






















Sambil membaca doa:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT PERTAMA
DUDUK SEPERTI MELUTUT


Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

 Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud


















Sambil membaca doa:
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Allahu akbar 
Maksud: Allah Maha Besar
10. SUJUD KEDUA RAKAAT PERTAMA











Dan membaca:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Bangun Untuk menyambung sembahyang ke rakaat kedua.
Allahu akbar 
Maksud: Allah Maha Besar


11. BERDIRI RAKAAT KEDUA
TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH



Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*)
.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin

DAN TERUSKAN DENGAN MEMBACA SURAH PILIHAN (Sebarang surah, contohnya:)
Bismillah hirrohma nirrohim
qul a'uzubirobbinnas. malikinnas. ilahinnas. minsyarrin waswaa silkhan' nas. alladzi yuwaswisufi sudu rin' nas minal jin' natiwan' nas.

Maksudnya :
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.  Raja manusia. Sembahan manusia.  Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,  yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,  dari (golongan) jin dan manusia.


12. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KEDUA.

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar






13. RUKUK' RAKAAT KEDUA
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH 











Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)


14. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya

15. IKTIDAL SELEPAS RUKUK
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD























Sambil membaca doa:
Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

16. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. (lihat contoh gambar)


Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan





















Sambil membaca doa:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melintas dua wanita yang sedang mengerjakan solat (seperti lelaki), lalu Baginda bersabda: “Apabila kamu sujud maka rapatkan bahagian daging (perut) ke bumi (lantai). Sesungguhnya solat wanita bukan seperti solat lelaki.” (Riwayat al-Baihaqi)

17. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
DUDUK SEPERTI MELUTUT

Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

Sambil membaca doa:
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku,rahmatilah aku,perbaikilah aku,angkatlah darjatku,berilah aku rezeki,pimpinlah aku,afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


18. SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA













Dan membaca:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar


19. DUDUK TASYAHHUD AWAL









 

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala  Muhammad.

Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

Bangun Untuk menyambung sembahyang ke rakaat ketiga.
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

20. BERDIRI RAKAAT KETIGA
TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH





Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*)
.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin


21. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KETIGA.


Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar





22. RUKUK' RAKAAT KETIGA
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)


23. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 

 
 
Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya

  
24. IKTIDAL SELEPAS RUKUK 
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

























Sambil membaca doa:
Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).


25. SUJUD PERTAMA RAKAAT KETIGA
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. (lihat contoh gambar)


Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan






















Sambil membaca doa:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melintas dua wanita yang sedang mengerjakan solat (seperti lelaki), lalu Baginda bersabda: “Apabila kamu sujud maka rapatkan bahagian daging (perut) ke bumi (lantai). Sesungguhnya solat wanita bukan seperti solat lelaki.” (Riwayat al-Baihaqi)

26. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
DUDUK SEPERTI MELUTUT


Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.

Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud

















Sambil membaca doa:

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

27. SUJUD KEDUA RAKAAT KETIGA












Dan membaca:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun Untuk menyambung sembahyang kerakaat ke-EMPAT.
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

28. BERDIRI RAKAAT KEEMPAT
TERUSKAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH



Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*)
.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin


29. TAKBIR KERANA MAHU RUKUK' RAKAAT KEEMPAT.


Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar






30. RUKUK' RAKAAT KEEMPAT
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat
kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3X, dengan bilangan yang ganjil seperti 5X, 7X, 9X, 11X)


31. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)
BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA 

Sami'allahu liman hamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


32. IKTIDAL SELEPAS RUKUK 
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD 
 























Sambil membaca doa:
Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil
a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala
puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang


33. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEEMPAT
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. (lihat contoh gambar)
Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki diatas perutnya. (lihat contoh gambar)
Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan
Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari badan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melintas dua wanita yang sedang mengerjakan solat (seperti lelaki), lalu Baginda bersabda: “Apabila kamu sujud maka rapatkan bahagian daging (perut) ke bumi (lantai). Sesungguhnya solat wanita bukan seperti solat lelaki.” (Riwayat al-Baihaqi)
 
 Rapatkan siku(lengan) kebadan bagi wanita.
 
 
Sambil membaca doa:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Bangun untuk duduk diantara dua sujud sambil membaca:
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

34. DUDUK ANTARA DUA SUJUD
DUDUK SEPERTI MELUTUT

Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.
Duduk antara dua sujud, tangan diletak diatas peha, dengan hujung jari separas dengan lutut.
Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud
Kedudukan kaki ketika duduk diantara dua sujud
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sambil membaca doa: 
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku
rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

35. SUJUD KEDUA RAKAAT KEEMPAT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dan membaca:
Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).

Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Allahu akbar
Maksud: Allah Maha Besar

36. DUDUK TASYAHHUD AKHIR

Duduk tasyahhud akhir, silangkan kaki kiri kebawah kaki kanan.
Duduk tasyahhud akhir, silangkan kaki kiri kebawah kaki kanan.













 


 
 
 
 
 

 
 
 
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina  innaka hamidummajid.
 
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
 
 
37. SALAM KEKANAN
 
 
 
Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah
 
 
 
 
 
38.SALAM KEKIRI
 
 
 
Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah

Untuk Solat SUBUH sila baca Doa Qunut selepas ruku' raka'at kedua.


Sumber: http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=437:cara-cara-sembahyang-yang-betul&catid=26:sembahyang--solat&Itemid=48

PERLIHARALAH SOLAT ! 
SESUNGGUHNYA IA DPT MENCEGAH KEMUNGKARAN !
Semoga Allah SWT redha dengan kita, dan kita terus istiqomah dalam berusaha mendapatkan redhaNya dan melakukan perintahNYa !

p/s: telah di EDIT serba sket, andai terdpt kesalahan hrap shbt menegur sy, mungkin sy terlepas pndag... syukur jazilan, jkkllah khoiran ^_^ semoga solat kita semua diterima olehNya, InsyaAllah Amin Ya Robbal 'alamin........

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bagus blog ini =)
teruskan lagi ye...
semoga jannah milik kte..
insyaAllah..

Catatan Popular