MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN MUSLIMIN

Assalamualaikum.....


MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN MUSLIMIN

Islam meyuruh umatnya agar hidup bersatupadu dalam kesatuan aqidah dan iman. Justeru itu, perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian natara sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana akan menyebabkan pengabaian terhadap amanah Allah s.w.t sebagai khalifah dalam mentadbir kehidupan ummah, sikap demikian boleh membawa kepada kejatuhan dan kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah s.w.t.
____________________________
Firman Allah s.w.t:
"Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah s.w.t dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t ke atas kamu ketika kamu telah bermusuhan, lalu disatukan hatimu sehingga kamu menjadi saudara dengan nikmatnya."
(Ali Imran:103)

Firman Allah s.w.t:
"Dan janganlah kamu berpecah belah dalam agama.Berat bagi orang-orang musyrik(menerima)apa yang kamu sarakan kepada mereka(mengesakan Allah s.w.t),Allah s.w.t memilih kepadanya siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuk siapa yang kembali kepada-NYA."
(Asy-Syura:13)
___________________________
Orang yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam adalah tergolong orang munafik yang sentiasa memusuhi islam secara nyata dan mereka patut diperangi.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan keadaanmu bersatu yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan persatuanmu, maka bunuhlah dia."
(HR.Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya bakal terjadi berbagai fitnah dan perkara-perkara baru.Barangsiapa memecahbelahkan urusan umat yang sudah bersatu ini, maka pukullah ia ddengan pedang,siapapun dia orangnya."
(HR.Muslim)

#Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahuakbar Astaghfirullahal'azim ♥ ^^

Ulasan

Catatan Popular