Rinduuunyaaaa T_T

Kalau nak tidur tu. Baring2 tu cuba bayangkan seolah2 sedang dikafankan. Menghitung dosa-dosa kita, menjadikan kita rasa malu dan takut dengan Allah SWT.

Jika nyawa dan nafas yang ku pinjam ini diambil semula oleh Pemiliknya (Allah SWT) ha
ri ini, sekarang, saat ini, atau mungkin kejap lagi T_T Apakah cukup bekalan ku untuk bertemu dgnNya ? T_T Sedangkan dosa ku lebih banyak bertimbun-timbun berbanding pahala ku. Astghfirullahal'azim T_T
Semoga nikmat sakit yg diberi ini adalah kafarah kepada dosa-dosa yang lalu... Semoga diampunkan dosa-dosa lalu dan diberi semula nikmat sihat itu...

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
p/s: Alhamdulillah atas nikmat kesakitan yang teramat sangat Engkau berikan kepadaku dua hari lepas, kelmarin dan hari ini masih terasa. Dengan kesakitan ini memberi seribu penyesalan dan mengenang TERLALU BANYAK dosa-dosaku yang lalu Ya Allah, yang aku ingkar. Astaghfirullah.......
Seumur hidupku Engkau tidak pernah berikan kesakitan yang sebegini sehingga aku tidak dapat bergerak, berjalan dengan sempurna atas keperitan sakit ini. Sesungguhnya itulah KekuasaanMu Ya Allah. Alhamdulillah, aku tidak mengeluh Ya Allah. Aku sedar memang ini balasan atas kekhilafan aku yang lalu. InsyaAllah aku berjanji Ya Allah tidak akan mengulanginya lagi. Mana mungkin aku mungkir janji padaMu, tapi andai aku mungkir Engkau hukumlah aku Ya Allah, semoga aku sedar akannya. T_T
Engkau sembuhkanlah aku Ya Allah, ya aku juga berusaha mendapatkan ubat. Tapi aku hanya YAKIN akan KekuasaanMu Kasih SayangMu terhadap aku. Kerana hanya Engkau yang dapat sembuhkannya. Aku memohon merayu menagih akan kasih sayangMu keampunanMu. T_T Ampunkan aku Ya Allah..... T_T
Engkau panjangkanlah umurku, berikanlah kesihatan yang baik supaya aku dapat beribadah kpdMu dan terus istiqomah untuk berjihad ke jalanMu. Sesungguhnya aku rasakan belum cukup bekalanku untuk bertemu dgnMu namum aku rindukan Engkau Ya Allah T_T Semoga air mata ini menjadi bukti rinduku kasih sayangku padaMu T_T

Ulasan

Catatan Popular