I'tiraf :')
Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMuNamun tak pula aku sanggup ke nerakaMuAmpunkan dosaku, terimalah taubatkuSesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Sape yg x pernah dgr kan lirik i'tiraf yg dipopularkan oleh kumpulan nasyid feveret! stiap kali lirik ni didendangkan, sayu je ase. mcm ade magis je lirik ni. kalau kita kaji, sebenarnya dtg dri doa seorg hamba ALLAH yg bernama Abu Nawas. seorang ahli sufi. erm patut la pon syahdu ayat die kan?
Dengan Nama ALLAH Tuhan sekalian alam.
Semua yg hidup, konfem2 akan menemui AJAL. bkan Ajai mahupown AJL *anugerah juara lagu* tp ajal atau lebih kita familiar dgn maut ataupon mati. pernah x tanya kat diri kita kalau esok aku mati, mcmne keadaan aku ? bukan soal mati atau ajal aku nk tulis tp tentang TAUBAT. *baru paham kan kenapa awal2 td keluar lirik i'tiraf?*
Taubat? lek luuuuu
kita dlu dengar dengar je taubat. x pernah terasa nk wat. ye r, umur baru belasan, 20-an. time ni r nk enjoy, dh jd geng kilauan emas baru ade feel nk taubat. hurmm. pasti betol bunyinya yg kita sempat sampai umur tu? sedar ke kita stiap hri umur kita makin berkurang bkn bertambah. aik, apesal plak ? klu arini umur aku 22tahun 4hari, esok jd 22tahun 5hari la kan ? mcm tu ke kire umur ? aku bagi korang satu cara yg luar dri kotak pikiran. ajal kita dh ditentukan sebelum lahirnya kita. andai kata kita di tentukan hidup sampai umur 23 tahun 10 hari, esok tggl 23 tahun 9 hari. betol x? itu pon kalau kita tau angka sebenar umur kita. jd konfem ke kita sempat menghirup udara esok andai ajal bley dijemput bilabila masa?
Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya). (Surah Yunus ayat 49)
inilah masanya, inilah tikanya. JOM TAUBAT! :D
Huurmm,
ramai yg terkedu bila sebut taubat. dlm kotak fikiran sentiasa pikir,
dosa aku ni byk giler, bley diampunkan ke??
cmne agak2 korang? bace hadis ni :
Rasulullah SAW. Bersabda bahwa Allah SWT. Berfirman:
Wahai anak Adam (Manusia)!, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan tidaklah Aku peduli. Wahai anak Adam!, jika dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Aku akan memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam!, jika engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa seluas bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang kepadamu dengan ampunan seluas bumi pula.(HR. Tirmidzi)
betapa luas keampunan yg ALLAH kurniakan utk org yg ingin bertaubat. :'(
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai, dengan rahmatmu,
ampunkan daku oh tuhanku
Terma dan Syarat.
dah mcm peraduan gores dan menang. mcmne korang kne patuhi syarat2 dlm mne-mne peraduan utk menang hadiah utama, mcm tu jgak ngn taubat ni. tp hadiah utama die mmg x ternilai dlm wang ringgit. ianya berupa RAHMAT KEAMPUNAN @ REDHA ALLAH swt. x menarik ke bunyi? judge la sndiri. jd pe syarat2nya?
- Ikhlas na beRtaubat
- Tak akan mengulangi perbuatan dosa tu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
dah tahu syarat2nya kan? tnggu pe laaggii !~ jgn lengahkan, sebab MAUT x kan tnggu korang. korang byk duit mcmne pon x kan mampu rasuah malaikat MAUT mnx tambah satu hri kat dunia.
Air Mata
x macho ahh laki nanges kan? x sudah sudah ngn ego!
Rasulullah s.a.w bersabda,
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api Neraka.
still ase xmacho nanges? kalau ase ase macho sgt bley tahan api neraka, korang pnjm lighter member, try r nyala kat tangan korang. bkn stkat lemak terbakar, bulu licin. pedih jgn citer r. so kesimpulannya, selalu-selalu renung diri, muhasabah diri, ingt balik dosa2 kita yg berguni tu. menangislah memohon keampunan. kerana airmata mu mampu memadam api neraka. yg standard nanges sbb balak/awek mnx break tu, sorry to say la. buang masa korang je, rugi airmata. x payah nk menangis x kne tempat. perasaan slps menangis mmg susah nk gambarkan, ase tenang je :)) try r! kalau segan takut org nmpk, duduk dlm bilik, kunci. pastu korang bagila peluang dkt hati korang luahkn semua kat ALLAH betapa hinanya kita, betapa byk dosa kita dh wat. kalau bley, sebut satu satu dosa kita. luahkan je. menangislah semahunya, ALLAH suka hambanya merintih, memohon keampunan.
THINK POSITIVE
kita kadang kadang renung balik, aku ni lepas taubat, buat balik. baik x payah taubat kn? aku pernah pikir cmtu gak. kita rasa kita ni mcm mainmain plak dgn ALLAH. bagi aku mmg x elok pon buat cmtu. tp sedar x sedar iman kita kadang kadang mengalahkan tok imam tinggi die. tp ade ketika iman kita mengalahkn undi Amir *maharaja lawak* rendah gile, dan akhirnya diluar kemampuan kita menghalang, kita dah ulang balik dosa kita tu.
Firman ALLAH dlm surah At-Taubah ayat 20
..Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
so kenapa nk mengalah? bak kata bieber, NEVER SAY NEVER *xpayah nk bieber fever sgt la kan* kalau mula rasa dah down, bykkn istifar, mohon backup dri ALLAH. mnx dikuatkan iman. pe yg bagus sgt istifar ni? simple je, sebut pon x penat lah.
Bersabda Nabi s.aw:
Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.
(Hadis riwayat Abu Daud)
ramai yg cari pelbagai alternatif nak release tension. ade yg suka tumbuk benda, ade yg suka melalak. ada yg sampai mnum arak. tp sbnrnye simple je, istifar. tp jgn sekadar sebut, korang hayati la. kalau sebut je mcm korang bace dialog cter korean r. APE PON TAK JADI. hayati istighfar sambil ingt dosa kita. insyaAllah korang akan rasa tenang tu. cari keampunan tu walau sejauh mana kita tinggalkan. walau mcmne jahat pon kita, aku tau mmg ade sinar baik yg kita x nmpk.
ALLAH berfirman yg bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani.
Wahai Tuhan selamatkan kami iniDari segala kejahatan dan kecelakaanKami takut kami harap kepada MuSuburkanlah cinta kami kepada MuAkulah hamba yang mengharap belas dari Mu
wallahualam sekian. ^_^
Ulasan
betul2 menyentuh jiwa zikir dalam page awk ni...nk cari kt youtube tak tahu apa tajuk dia...maklumlah sy ni baru cuba untuk lebih dekat kepada-Nya..harap awk blh bagitau tajuk zikir kt page awk ni...sy tungguuu..tq
Subhanallah... mmg menyentuh jiwa bila dgr nama-nama Allah Swt ni... hngga kdg2 menitis air mata ni...Alhamdulillah, termsuk dri sy jgk yg sntiasa brusaha utk lebih dekat kpdNya..
Semoga kita sentiasa berIstiqomah beribadah kpdNya ya :')
Di sini sy bg link zikir ni ya :-
http://www.youtube.com/watch?v=WKQmwxFa6pU