< Adam & Hawa , Kau & Aku, Lelaki & Wanita >

ADAM &HAWA..

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; “ .( Surah An Nur : 30 )
Firman ALLLAH SWT bermaksud : “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ ( Surah An Nur : 31 )

Lelaki yang baik tidak melihat kamu hanya pada paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuan semata.

Lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya sehingga berkemampuan mengoncang keimanannya.

Namun.. lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan bersama wanita yang bukan mahramnya, kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, 

Akhir sekali, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.


p/s: Peliharalah batas-batas pergaulan kita, takut2 menjadi kebiasaan walaupun selepas akad dan nikah.. tidak mustahil lelaki/wanita itu akan mengulangi lg kesilapan itu kerana terbiasa..

cth: berdua-duaan wlaupun dikhalayak ramai tnpa sbb yg munasabah.. sdgkan dakwah jgk tdk wajib antara lelaki dan wanita bkn mahram
: bermsg-msg 'tan'
: berkoling-koling 'an'
: bermesra-mersa 'an'
: bersyg-syg 'an'
: berabg-abg 'an'

Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.
Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan.
Adab khas untuk wanita:
  • Iltizam dengan pakaian Islam, Firman ALLAH SWT: “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” ( Surah Al Ahzab : 59). Dan firmanNya lagi:“Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.” ( Surah Al Ahzab : 33)
  • Serius dalam ucapan tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman ALLAH SWT :“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.” ( surah Al Ahzab : 32 )
  • Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman ALLAH SWT: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.” ( Surah An Nur : 31 )
Justeru itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan amatlah dititik beratkan di dalam Islam. Pastikan kita sentiasa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan dimana sahaja kita berada, terutama di tempat kerja kerana ianya suasana yang sering melibatkan antara lelaki dan perempuan. Elakkan diri dari mengundang dosa dan fitnah. 

Nauzubillah, semoga kita dikuatkan Iman dlm menghindari semua ini.. Astaghfiruallah, bertaubatlah jika pernah melakukannya.. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lg Maha Penyayang..

Wallahu'alam

Pesanan buat diri sndri juga :'(

Ulasan

Mohamad Fathi berkata…
bagus post entry nieh... sambil wa baca n dengar 99 nama Allah S.W.T...

Sayu n tenang ja..

Catatan Popular