Anda Bukan Orang Yang Bijak Sekiranya Mencarut Di Blog, Twitter, Facebook Dan Sebagainya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Copy Paste - Blog Hami Asraff :) #da edit delete sket yg kurang sesuai, maaf :)
Baru dapat idea 2 minit yang lalu. Gara-gara bertweet di Twitter. Sebenarnya dah lama aku perhati gejala begini. Gejala yang suka mencarut a.k.a makin hamun a.k.a mengeluarkan kata-kata kesat dan seumpamanya di laman-laman sosial. Tak kisahlah apa jenis laman sosial pun.
Aku tak faham manusia sebegini. Bila check balik, bukannya budak-budak lagi. Besaq panjang dah. Marah kat orang sikit, mulalah maki hamun, mencarut sana sini. Menyemak timeline orang. Penuhi dengan kata-kata kesat yang langsung tak ditapis.
Ni aku nak tanya hampa la. Yang suka dok mencarut kat Twitter, Facebook dan Blog ni.
"Apa hampa dapat bila mencarut macam tu?"
"Kami rasa puas!"
"Puaskah? Lagi?"
"Lagi lagi apa? Puas la. Hang ni tak reti bahasa ka? @#$%^&*!@#"
*sekali gua terkena maki hamun daaa...*
Puas macam tu? Sebenarnya lagi menaikkan nafsu amarah dan seterusnya mencetuskan satu tindakan baru dalam diri anda apabila start maki hamun begitu. Toksah dok berdalih. Semua orang tau. Tapi saja, degil tak nak ikut.
Aku pun manusia. Aku pun ada sifat tak puas hati dengan manusia lain. Aku pun ada perasaan marah. Tapi aku takkan menjatuhkan martabat aku sebagai manusia dengan mengeluarkan kata-kata kesat begitu. Sebab aku rasa memang tak nampak langsung ada tanda positif untuk anda meneruskan 'tatasusila yang sangat tak berakhlak' itu.
Mungkin sudah jadi tabiat. Jadi habit dalam diri. Susah nak buang. Itulah sapa suruh dok maki hamun orang sangat. Jangan salahkan didikan yang kurang sempurna. Ya kadangkala ia salah satu faktornya jua. Jangan salah kawan-kawan yang selalu mencarut sebegitu. Jangan salahkan sesiapa. Tunding jari kepada diri sendiri dulu.
Come on la beb! Perkara ni terlalu mudah. Simple sangat. Kalau perkara simple ni pun tak dapat tangani, macam mana perkara yang tak simple lain?
Tanyalah kepada sesiapa pun. Tak ada yang suka punya apabila orang yang suka mencarut, maki hamun segala ni. Apabila anda terlalu annoying, manusia akan pantasnya UNFOLLOW Twitter dan UNFRIEND Facebook anda.
Lepas tu ada yang dengan riaknya akan bercakap macam ni:
"Kalau hang tak suka aku dok maki hamun kat blog aku ni, toksah dok baca. Toksah dok gatai masuk!"
"Unfollow la Twitter aku ni. Tak suruh hang follow pun. Uweakk!"
"Hahaha setakat unfriend hang sorang tak ada efek apa pun. Member aku ada 4999 lagi hang tau dak?"
Kalau itulah contoh-contoh jawapan anda, memang terlalu mudah untuk mengukur aras kematangan dan kebijaksanaan anda. Terlalu menampakkan ketidakmatangan dalam melahirkan buah fikiran.
Kita manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT. Janganlah rendahkan martabat kita sebagai insan berguna. Tak perlulah mengutuk, melahirkan umpatan, kata nista berunsur lucah sebab anda sendiri sudah tahu jawapannya.
Wassalam.
Hami Asraff:
1. Kalau dekat alam maya ni dah boleh sumpah seranah, apatah lagi di dunia realiti.
2. Jadi manusia baik, ramai orang senangi. Kenapa mahu memilih sebaliknya?
3. Diam itu lebih baik.
p/s: Wallahualam, yang baek jadi teladan, yang buruk jadi sempadan :)
Ulasan