Kisah sebuah tembikai >>
Bismillah . . .
Assalamualaikum . . .
Allah SWT berfirman:
"Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung."
(Al-A'raf: 69)
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang & diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah & redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat & iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Moga mendapat i'tibar dari kisah ini. InsyaAllah..
Allah SWT berfirman:
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu & boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)
Allah SWT berfirman:
"Jika engkau bersyukur, maka akan akan kutambahkan (nikmat-Ku) & jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih."
(Ibrahim: 7)
Kesimpualannya, sedar atau tidak kita sebenarnya tidak layak untuk mempertikaikan setiap apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku di dunia ini adalah daripada Allah SWT. Maka bersyukurlah kepadaNya.
Mereka kata aku ustazah kerana tudungku yang labuh dari tudungku yang sebelumnya.
Mereka kata aku 'alim kerana aku permergian aku ke majlis-majlis ilmu.
Mereka kata aku warak kerana aku berstokin, ber'handsocks', berjubah.
Mereka kata aku solehah kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah & sebagainya.
Tetapi jauh di sudut hatiku,
mahu saja aku menangis sekuat hati bila terdengar bisikan-bisikan & suara-suara itu kerana aku tahu aku masih belum mampu mencapai tahap itu.
Sememangnya aku tahu kerana aku sedang bertarung dengan diriku sendiri.
Ketahuilah bahawa ianya bukanlah mudah.
Hatiku, hanya Allah yang bisa memahami walaupun tak terungkap dengan kata-kata.
Aku masih & tetap akan terus merintih pada Dia kerana aku tahu aku masih berada di dalam lautan kekurangan.
Kadang-kadang aku tergelincir kerana jalan kehidupanku penuh dengan nikmat-nikmat.
Kadang-kadang aku terluka kerana jalan kehidupanku penuh dengan paku-paku kecil yang bertabur di tengah jalan.
Kadang-kadang aku terhantuk kerana jalan kehidupanku adakalanya terasa sempit.
Kadang-kadang aku terduduk sendiri kerana adakalanya aku kesunyian dalam meniti jalan kehidupanku yang aku sendiri tak tahu bila & di mana penghujungnya.
Ya Allah, moga mereka yang berada di sekelilingku berkehendak redhaMu sepertimana jua aku.
Cintailah mereka-mereka yang aku cintai hanya keranaMu.
Aku begini bukan hanya untuk diriku tetapi untuk mereka jua.
Maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf. Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
Aku dalam proses 'mengambil hatiNya'.
Aku dalam proses 'mengetuk pintu hatiNya'.
Aku dalam proses 'menggapai cintaNya'.
Aku dalam 'proses' menagih redhaNya'.
Umurku sudah mencecah 23 tahun tetapi sepertinya tiada apa yang sudah aku lakukan.
Sebak hati tatkala aku terbayang,
bilakah waktu terakhirku.
dimanakah tempat terakhirku.
siapakah orang yang terakhir berada denganku.
dengan cara apakah aku mengakhiri cerita hidupku
Ya Allah, permudahkalah saat-saat, detik-detik
waktu terakhir kami di atas dunia yang penuh dengan tipu daya ini.
Aaamiin Ya Rabb..
Ulasan