Pejuang Agama :')
:: ♥ pejuang AGAMAkah kita :: ♥
“Tidak dinafikan, sejauh mana pun seorang manusia berusaha untuk menjadi sempurna tetapi manusia tetap manusia. Rasulullah SAW sahaja yang maksum. Maka, jika kalian berasa sudah tersasar ke sebelah jalan, maka luruskan kembali stereng pengembaraan hidup anda. ALLAH pasti menunjukkan jalan yang lurus. Diriku meyakini, produk asli tarbiyah pasti punya hati yang sentiasa hidup. Apatahlagi cukup berpengalaman dalam perjuangan. Maka, jangan biarkan NAFSU mengatasi segalanya. Kembalilah mencari naungan kasih sayang ALLAH dengan bermujahadah melawan nafsu.
Soalan demi soalan menerjah kotak fikiran….
Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi kita masih tidak mampu mengekang hawa nafsu terhadap sesuatu yang bukan milik kita?
Kitakah yang bergelar pejuang agama jika tidak segan silu melalaikan ibadah kepada ALLAH SWT?
Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya berjuang semata mata untuk mendapat pangkat dan nama serta perhatian?
Kitakah yang bergelar pejuang agama namun masih ber’sms’ yang tidak berkenaan dengan yang bukan mahram atas tiket perjuangan malah sengaja memanjangkan?
Kitakah yang bergelar pejuang agama yang memakai jubah dan tudung labuh untuk menunjukkan kita bertaqwa memakai kopiah untuk menunjukkan kita soleh hanya kepada manusia hina?
Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi masih tidak mampu menjaga ikhtilat sehingga berlebihan dengan tiket sahabat?
Kitakah yang bergelar pejuang agama namun masih punya waktu untuk membuang masa sedangkan ummah berkeadaan kritikal kini?
Kitakah yang bergelar pejuang agama sekiranya masih bermalas malasan tentang ukhrawi tetapi bermati matian mengejar duniawi?
Kitakah yang bergelar pejuang agama walhal masih memungkiri janji?
Kitakah yang bergelar pejuang agama tetapi susah untuk mencari ikhlas dalam diri?
Ya ALLAH, diriku sangat takut andai aku melakukan perkara sedemikian. Lindungilah diriku ya ALLAH, kekalkanlah diriku dalam hidayah dan petunjukMU. Ku ingin sekali sentiasa menjadi pejuang agamaMU. Tetapi janganlah engkau jadikan diriku PEJUANG AGAMA yang SILAP. Berjuang hanya kerana cinta duniawi sedangkan miskin akhirat...
Ulasan