Tunjuk Menunjuk


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Ni situasi yang biasa berlaku bila hari raya..ni bukan kes tunjuk menunjuk nak beli kuih raya ye. Ni tak salah, yang salahnya bila tunjuk menunjuk benda lain. 

Agaknya dah jadi satu tabiat orang Melayu Islam suka berbelanja terutamanya bila raya. Yela..waktu raya la waktu kita semua dapat berkumpul dengan semua saudara. Waktu tu jugak la sangat sesuai untuk kita tunjukkan "perkembangan" diri. Eh..bukan macam tu sebenarnya. Tak baik.

Bila nak raya, semua nak ditukar semua nak beli baru. Walhal gaji tak seberapa..bak kata pepatah " ukur baju dibadan sendiri " je la. Kenapa sanggup berhutang untuk menunjuk-nunjuk? Kalau betul mampu, tak apa..ini yang kurang mampu pun nak berlagak macam orang yang mampu. Apa lah yang nak ditunjukkan sangat..semua tu Allah punya, kita hanya meminjam sebentar je. Berpada-pada dengan apa yang ada dan besederhana tu lebih baik.


Menunjuk-nunjuk ni sesuai la dikatakan riya'. Masing-masing nanti nak mempamerkan kereta baru, perabut baru, baju baru, isteri baru or suami baru (ade ke? :p) Walaupun tak dilafazkan niat nya yang kurang baik tu, dia tetap dikatakan sebagai 'ujub. Seolah-olah macam nak bertanding la pulak. 



Semoga kita terhindar daripada sifat-sifat yang tak elok ni. 



P/s : Semua yang ada hak Allah, jangan pernah lupa. Allah boleh ambil semula bila-bila masa dalam sekelip mata je. Apa guna nak riya' atau 'ujub dengan orang lain. Muhasabah diri kejap. Apa guna menunjuk-nunjuk itu semua hak milik Allah kita pinjam ja. Kan3?

Taqabbalallahu minna wa minkum
Kullu 'am wa antum bi khair

 والسلام

Ulasan

elin.shazlin berkata…
Assalamualaikum..Betul =) Semoga Allah jauhkan kita dari sifat ujub dan riak ni... Amin..
DLa AMaya berkata…
Waalaikumussalam ukhti :) InsyaAllah, amin ya rabbal 'alamin... Riak boleh membunuh keikhlasan kita dlm beribadah.. Nauzubillah, mohon dijaukan.. Semoga Allah tetapkan hati kan... :)

Catatan Popular