Aurat Saya, Maruah Saya



بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Tudung labuh itu bukan kayu ukur tingginya tahap keimanan 

seorang wanita. Tudung labuh itu juga bukanlah satu jaminan utk 

dia masuk ke syurga. Tapi dengan tudung labuh, itu membuatkan 

dia sentiasa berusaha untuk berubah menjadi seorang muslimah 

solehah yang Penciptanya mahukan. Dia mahukan sayang, cinta 

dan redha Allah itu tersemat dalam hatinya setiap masa. Insya-

Allah ^_^

Tudung labuh itu juga bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu 

pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari 

kerana tudung, hati kita juga terjaga, akhlak kita terpelihara, dan 

akidah kita makin teguh pada-Nya. Insya-ALLAH.

Moga kita istiqamah, duhai muslimah! Moga akhlak kita seindah

tudung kita! Biiznillahi Ta’ala! ^_^ ♥

                                     والسلام

#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim

p/s: tidoq la dalila, awok tu tak sihat.. ok. jom tidoq.. selamat malam. semoga masih diberi peluang olehNya utk bernafas pada esok hari bagi meraih keampunan dan redha dariNya. huhu amin

Ulasan

Catatan Popular