Aku Gadis Bertudung Labuh


Aku Gadis Bertudung Labuh
Namun..aku tetap manusia biasa
Yang tidak pernah sempurna
Yang tidak pernah jauh dari terleka
Yang selalu dekat dengan lupa dan alpa

Aku Gadis Bertudung Labuh
Namun..aku tetap gadis biasa
Yang kadangkala diuji dengan fitnah jejaka
Yang kadangkala hatinya terleka dengan cinta manusia
Yang seringkali membiarkan nafsunya menjadi raja

Aku Gadis Bertudung Labuh
Labuhnya tudungku bukan bererti aku solehah
Bukannya bererti aku seorang hafizah
Bukan juga bererti bicara agamaku petah
Dan bukan juga bererti aku seorang mujahidah

Aku Gadis Bertudung Labuh
Kerana apa?
Kerana aku cuba untuk melaksanakan apa yang DIA perintahkan
Meskipun tidak sempurna
Aku sedang berusaha menuju ke arah kesempurnaan itu
Dan aku berusaha sedaya yang aku mampu
Janganlah kalian memandangku dengan rasa kagum 
Apatah lagi menganggapku serba tau tentang agama
Hakikatnya aku masih belajar
Sama seperti kalian
Aku masih lagi sedang mengenalNYA
Aku masih lagi sedang berusaha menggapai redha dan cintaNYA
Aku masih lagi sedang berusaha menjadi muslimah yang solehah
Justeru itu..janganlah kalian mengharapkan kesempurnaan dariku
Kerna aku hanyalah seorang gadis biasa


p/s: semoga diberikan kekuatan *seorang insan yg ingin kekal dicintaiNya dan ingin membalas cintaNya* semoga sentiasa berIstiqomah dlm setiap ibadah yg dilakukan :(

Ulasan

elin.shazlin berkata…
Like this entry.. =) Semoga kita akan terus istiqomah =)

Catatan Popular